Free MySpace Layouts


Profile courtesy of Free MySpace Layouts

Thursday, March 25, 2010

PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK BUKIT KECIL






Pusat Aktiviti Kanak-kanak Bukit Kecil merupakan salah satu pusat untuk kanak-kanak sekitar kawasan bukit kecil yang diselia sepenuhnya oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu (PKMDKT).

PROFILE PAKK BUKIT KECIL

Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Bukit Kecil Kuala Terengganu telah ditubuhkan pada tahun 1993. Penubuhan pusat aktiviti untuk kanak-kanak ini adalah kerana kehendak kerajaan yang perihatin terhadap golongan kanak-kanak yang terabai, teraniaya dan kurang pehatain daripada keluarga mahupun masyarakat setempat yang terdiri daripada kawasan Bukit Kecil.

AKTIVITI_AKTIVITI PAKK BUKIT KECIL

Bermula Mac 2010, Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) telah menerima banyak penyertaan baru daripada kanak-kanak di sekitar kawasan Bukit Kecil. Kehadiran kanak-kanak ke Pusat aktiviti ini amat menggalakkan berikutan banyak program dan aktiviti yang telah dijalankan telah menarik minat para kanak-kanak tersebut.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah permainan dalaman (in door games). terdapat banyak jenis permainan dalaman antaranya adalah permainan congkak, carom dan permainan yang menjana IQ kanak-kanak seperti SHAHIBA, SAIDINA, CHESS dan DOMINOS. Dengan adanya permainan tersebut, kanak-kanak sekitar PAKK banyak menghabiskan masa lapang mereka disini bersama rakan-rakan.

Ada antara mereka yang datang ke PAKK untuk menyelesaikan kerja sekolah yang tidak dapat diselesaikan di rumah. Dengan adanya PAKK masalah mereka dapat diatasi memandangkan setiap PAKK telah diberi seorang pemudahcara(Fasilitator) bagi memudahkan mereka menyelesaikan kerja sekolah yang diberikan.