Free MySpace Layouts


Profile courtesy of Free MySpace Layouts

Tuesday, December 21, 2010

AKTIVITI CUTI SEKOLAH

Pada musim cuti sekolah, pelbagai aktiviti telah diadakan bagi mengisi masa lapang kanak-kanak dengan benda yang berfaedah.

Wednesday, November 24, 2010

Tadarus Al-Quran

Pada 11 Ogos sehingga 7 September 2010, Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Bukit Kecil telah mengadakan kelas tadarus Al-Quran. Aktiviti ini diadakan bagi menghormati bulan Ramadhan. Aktiviti ini disertai seramai 15 orang yang terdiri daripada ahli Pakk Bukit Kecil. Kelas ini diketuai oleh Ustazah Rogayah yang merupakan guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain di PAKK Bukit Kecil.

Monday, October 18, 2010

PERTANDINGAN BERCERITA 2010

Pertandingan bercerita Tertutup PAKK BUKIT KECIL telah berlangsung pada 5 Ogos 2010.
pertandingan ini disertai oleh 12 orang yang terdiri daripada ahli PAKK Bukit Kecil.
Program ini berjaya mengenegahkan bakat yang ada dalam diri kanak-kanak di sekitar Bukit Kecil.

Wednesday, June 2, 2010

Aktiviti Permulaan Mei 2010

Aktiviti : Kraftangan (Anyaman Tikar)

Objektif :

- Menilai kreativiti yang ada pada kanak-kanak.
- Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada kanak-kanak
- Mendedahkan Kanak-kanak tentang cara kerja berkumpulan

Bilangan Peserta : 12 Orang

- Peserta dibahagi kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang.


Hasil Kreativiti Peserta :




Aktiviti : Melakukan Origami (Bunga Cherry)


Objektif :

- Memupuk nilai kreativiti yang ada pada setiap kanak-kanak
- Mendedahkan kemahiran tangan kepada kanak-kanak
- Melihat kemampuan dan kepekaan kanak-kanak terhadap cara dan kaedah dalam menghasilkan sesuatu aktiviti

Bilangan Peserta : 10 Orang

Cara-cara membuat Origami Bunga cherry :




Aktiviti : Uji Minda Kuiz Matematik Mudah

Objektif :

- Melihat kemampuan kanak-kanak dalam menyelesaikan soalan yang diberikan
- Sebagai persediaan untuk kanak-kanak menghadapi peperiksaan yang akan datang

Bilangan Peserta : 12 Orang


Aktiviti : Bina Perkataan Daripada Perkataan
“JAWATANKUASA” dan “PERPUSTAKAAN
Objektif :

- Melatih kepekaan kanak-kanak dalam menghasilkan perkataan.
- Menguji kepintaran kanak-kanak
- Melatih kanak-kanak menggunakan akal fikiran mereka
- Merangsang kemahiran berfikir dalam mengeluarkan perkataan baru.

Bilangan Peserta : 10 Orang


Aktiviti : Origami (Bentuk Bintang)

Objektif :

- Menilai tahap kreativiti kanak-kanak
- Mendedahkan kanak-kanak tentang kecerdasan akal menerusi kemahiran dalam berfikir

Bilangan Peserta : 16 Orang

Sunday, May 23, 2010

Sambutan Hari Buku & Hak Cipta Sedunia 2010

Pada Bulan April yang lalu, telah berlagsungnya Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2010 yang bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu...Pusat Aktiviti Kanak-Kanak dijemput untuk mengisi satu slot didalam program tersebut....Salah seorang Kanak-kanak yang Bernama Nurul Athirah dari Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Bukit Kecil telah diberikan tugas untuk memperdengarkan sebuah cerita yang bertajuk "Habil & Qabil.
Program ini turut dijayakan oleh peserta daripada IPG Dato'Razali dan juga pelajar Sekolah Kebangsaan Maktab Perguruan Kuala Terengganu. Program ini juga turut dihadiri oleh Penyelaras Pusat Aktiviti Kanak-kanak Daerah Kuala Terengganu.

Wednesday, May 19, 2010

Kreativiti Kanak-Kanak

Gambar-gambar Taman Rama-Rama


Kanak-kanak di Pusat Aktiviti Bukit Kecil telah menunjukkan bakat dalam menghasilkan sebuah "Taman Rama-Rama" mengikut kreativiti masing-masing. Taman Rama-Rama dihasilkan melalui kerjasama antara setiap ahli kumpulan. setiap kumpulan disertai oleh 4 orang ahli. seramai 12 orang telah menyertai aktiviti ini.

Mothers day

Sempena Hari Ibu....
kanak-kanak di Pusat aktiviti telah menjalankan aktiviti maze dan mewarna...

gambar-gambar sepanjang aktiviti

MEWARNA






MAZE




Kalender Aktiviti Bukit Kecil

Friday, April 23, 2010

GAMBAR AKTIVITI 2010

Aktiviti April

Minggu Explorasi minda diadakan pada 14 hingga 18 Mac. Aktiviti ini dilaksanakan bagi mengisi masa cuti sekolah dengan perkara-perkara yang berfaedah.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah :

- Teka silang-kata
- Pertandingan congkak & carom
- Musical Chair
- Kotak Beracun
- Pertandingan Melukis & mewarna
- Teka melalui lukisan

pada penghujung aktiviti, kanak-kanak yang aktif dan cekap diberikan hadiah sebagai penghargaan.

Gambar-gambar sewaktu aktiviti berlangsung



Thursday, March 25, 2010

PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK BUKIT KECIL






Pusat Aktiviti Kanak-kanak Bukit Kecil merupakan salah satu pusat untuk kanak-kanak sekitar kawasan bukit kecil yang diselia sepenuhnya oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu (PKMDKT).

PROFILE PAKK BUKIT KECIL

Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Bukit Kecil Kuala Terengganu telah ditubuhkan pada tahun 1993. Penubuhan pusat aktiviti untuk kanak-kanak ini adalah kerana kehendak kerajaan yang perihatin terhadap golongan kanak-kanak yang terabai, teraniaya dan kurang pehatain daripada keluarga mahupun masyarakat setempat yang terdiri daripada kawasan Bukit Kecil.

AKTIVITI_AKTIVITI PAKK BUKIT KECIL

Bermula Mac 2010, Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) telah menerima banyak penyertaan baru daripada kanak-kanak di sekitar kawasan Bukit Kecil. Kehadiran kanak-kanak ke Pusat aktiviti ini amat menggalakkan berikutan banyak program dan aktiviti yang telah dijalankan telah menarik minat para kanak-kanak tersebut.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah permainan dalaman (in door games). terdapat banyak jenis permainan dalaman antaranya adalah permainan congkak, carom dan permainan yang menjana IQ kanak-kanak seperti SHAHIBA, SAIDINA, CHESS dan DOMINOS. Dengan adanya permainan tersebut, kanak-kanak sekitar PAKK banyak menghabiskan masa lapang mereka disini bersama rakan-rakan.

Ada antara mereka yang datang ke PAKK untuk menyelesaikan kerja sekolah yang tidak dapat diselesaikan di rumah. Dengan adanya PAKK masalah mereka dapat diatasi memandangkan setiap PAKK telah diberi seorang pemudahcara(Fasilitator) bagi memudahkan mereka menyelesaikan kerja sekolah yang diberikan.